Majlis Raja-Raja Melayu

admin
0
Gambar bertajuk "H.H. The Sultan and the Rajahs of Pahang" yang dirakam oleh G.R. Lambert & Co. di perkarangan Istana Negara, Kuala Kangsar semasa upacara Durbar 1897. Mesyuarat Durbar 1897 adalah merupakan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baru ditubuhkan setahun sebelumnya (1896). Ia adalah mesyuarat yang pertama diadakan di mana perkara-perkara mengenai agama, adat-istiadat dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan orang Melayu dibincangkan. DYMM Sultan Pahang I (r. 1882-1914) iaitu Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah Ibni Al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali (1836-1914) ketika itu berusia 61 tahun.

Sumber: Leiden University Libraries, Amsterdam.

แสดงความคิดเห็น

0 ความคิดเห็น
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
แสดงความคิดเห็น (0)
Ke atas
Loading...