Melayu yang terpisah lebih 200 tahun di Pulau Cocos, Australia 🇦🇺

admin
0
📌 Melayu yang terpisah lebih 200 tahun di Pulau Cocos, Australia 🇦🇺

Orang-orang Melayu selain yang mendiami di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina dan selatan Thailand yang sering disebut sebagai Nusantara juga terdapat keturunan orang-orang Melayu di Afrika Selatan, Madagascar, Sri Lanka dan Pulau Cocos.

Namun antara dispora Melayu ini hanya Melayu Cocos yang lebih dominan tinggal di Pulau Cocos.

Di mana terletaknya Pulau Cocos dan sejarahnya?

Pulau Cocos terletak 1270 km jarak penerbangan ke arah barat daya Jakarta. Atau 3690 km arah barat laut dari Darwin, Australia Barat.

Sejarah penemuan Pulau Cocos bermula di tahun 1609 apabila seorang Inggeris bernama William Keeling menjumpai pulau ini. Sebab itulah Pulau Cocos juga dinamakan Keeling mengambil sempena nama William Keeling.

Namun demikian ia tidak diduduki sehinggalah ke tahun 1826 apabila seorang pedagang Inggeris, Alexander Hare membawa wanita harem Melayu dan hamba abdi ke sini.

Bagaimanapun setahun kemudiannya di tahun 1827 keluarga John Clunies-Ross, seorang yang berbangsa Scottish telah mengambilalih pulau ini dan menjadikan orang-orang Melayu sebagai pekerja dalam perusahaan kelapa kering atau kopra.

Sebenarnya nama Cocos adalah diambil dari perkataan "coconut" iaitu kelapa.

Keluarga John Clunies-Ross telah mentadbir pulau ini lebih 150 tahun sehingga tahun 1978 dan kemudiannya menjual pulau ini kepada kerajaan Australia. 

Dalam tahun 1984 penduduk Pulau Cocos dalam satu referendum bersetuju terhadap akta imigresen Australia dan kini ditadbir oleh wilayah Australia Barat.

Penduduk Pulau Cocos adalah sekitar 600 orang di mana bahasa rasmi ialah bahasa Melayu dan Inggeris. Bagaimanapun kini ia lebih dipengaruhi oleh unsur tempatan dan percampuran bahasa Melayu asal dengan bahasa Indonesia yang membentuk "basa Melayu Cocos".

Pulau Cocos sebenarnya adalah gugusan pulau-pulau batu karang yang membentuk sebuah lagun di tengah-tengahnya.

แสดงความคิดเห็น

0 ความคิดเห็น
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
แสดงความคิดเห็น (0)
Ke atas
Loading...